Salam Syawal 1438H

Salam 8 Syawal,

Selamat hari raya semua! Hari ini, 29 Jun 2017, genap 8 hari kita semua meraikan Syawal. Kalau tengok media sosial, masih ramai yang ligat beraya, dengan baju raya yang berwarna-warni, meriah sangat korang! 

Kelmarin, Fara telah melangkah kaki ke pejabat. Fara tak bercuti panjang untuk raya tahun ni, sebab tahun ni giliran bersama ibu bapa Fara yang menetap di Semenyih, Selangor dan hanya 13 km dari rumah sendiri, hehe. Lepas semua warga kota dah balik dari kampung, kami pula akan bertolak ke Gua Musang, Kelantan untuk sambung raya di sana pula. Harap-harap ada lagi menu raya dekat sana. 

Apa cerita raya korang? Fara selaku anak perempuan yang telah meningkat dewasa, dapur jela tempatnya. Cerita dulu-dulu zaman anak dara yang tak berapa nak rajin, situlah tempat mama dan kakak-kakak. Sekarang, dah jadi mak orang ni, baru rasa penat oii duduk dapur. So back to my raya routine, dari awal pagi sibuk sediakan dan bantu apa yang patut, orang dah balik sembahyang raya baru nak sarung baju raya, itu pun untuk bergambar sahaja. Lepas siap sesi bergambar, terus tukar 'uniform', angkat semua pinggan mangkuk, basuh dan hidang lagi. Itu jela yang diulang-ulang sampai malam. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Fara sangat percaya, Hari Raya sangat istimewa untuk semua, sebab pada masa ni jela, anak beranak, saudara jauh dekat semua berkumpul pada satu tempat dan kita dapat suburkan nilai kekeluargaan dan silaturrahim yang telah mengikat kita selama ni.





Moga tahun hadapan kita dapat berjumpa Ramadhan dan Syawal lagi.

FAREUPHORIA

Comments