Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) DBP: PEMBINA
PEMBINA mencipta sejarah!
Alhamdulillah, pada tahun 2017, Fara dan ahli kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PEMBINA diberi peluang untuk mewakili DBP dalam Konvensyen KIK Kementerian Pendidikan Malaysia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 10-12 Oktober 2017.
Terlalu banyak kenangan bersama kumpulan KIK sepanjang tahun 2017. Bermula pada tahun 2016 dengan mesyuarat, sesi brainstorming idea dan penghasilan slide, bengkel demi bengkel, pembentangan untuk pelbagai kelulusan dengan pihak pengurusan, dan akhirnya membawa projek ini di pentas besar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fara dipertanggungjawabkan untuk membentangkan persembahan projek pada hari pertandingan. Gementar, gemuruh, gugup jangan cakaplah. Namun, selepas 15 minit bercakap, eh rasa tak nak berhenti pulak, hehe! Alhamdulillah, all went well. Juri juga memberikan pandangan yang cukup positif terhadap projek kami.
Sejujurnya, kejayaan PEMBINA banyak bergantung kepada usaha dan tungkus lumus Ketua Kumpulan PEMBINA sendiri, iaitu Pn. Naimah. She deserve the credit! Dari awal projek ini dilaksanakan, sehinggalah hari di mana slide projek perlu dihantar untuk semakan juri, beliau berusaha sehabis daya untuk memastikan semua maklumat lengkap dan sempurna.
The ladies of PEMBINA
Sesi perkongsian ilmu di DBP Cawangan Sarawak
Kami berdebar juga, menantikan apa lagi yang PEMBINA akan tempuh untuk tahun 2018. Tak nak minta banyak, cuma berharap PEMBINA menjadi inspirasi kepada semua warga DBP untuk terus maju ke hadapan dan mampu menaikkan nama organisasi di peringkat yang lebih tinggi.
FAREUPHORIA





Comments
Post a Comment