Kehamilan kedua - #babyA

Assalamualaikum,

Insya Allah, November ini #babyA akan keluar melihat dunia.

Ya, alhamdulillah. Fara sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengandung buat kali kedua. Sejujurnya, Fara sangat teruja untuk kehamilan kali ini, setelah 5 tahun melahirkan Ammar. Banyak juga sesi perbincangan dari hati ke hati bersama Faris sebelum kami sama-sama mengikat kata "Ya, jom bagi Ammar seorang adik!".

Buat masa sekarang, kandungan Fara mencecah 28 minggu (7 bulan). Proses kehamilan kali ini Alhamdulillah agak mudah berbanding dengan semasa mengandungkan Ammar - tiada sebarang alahan. Berbeza sangat semasa Ammar dahulu - masuk je makanan, singgah dalam perut kejap, selepas itu terus berlari-lari anak ke sinki atau tandas, mana yang sampai dulu untuk mengeluarkan segala makanan yang telah masuk tadi. Kehamilan kali ini juga tak ada sebarang makanan yang boleh dan tak boleh telan, semua Fara boleh makan. Berbanding dengan Ammar, masa tu hanya nak makan bihun sup dan air laici sahaja. Sekarang. tengok bihun sup pun dah tak lalu ~.



Muhammad Ammar Yusuf, 5 tahun.


Ammar dah makin besar, dan dah pandai berkawan. Kami suami isteri perasan yang Ammar sangat ceria, berdikari dan teruja apabila bersama rakan-rakan sebayanya. Berbeza sedikit di rumah, Ammar sedikit pendiam, kurang aktif dan manja sangat. Mama dia ni dah rasa macam ada ekor, ke hulu hilir dia ikut belakang. Kadang-kadang, terfikir juga sendiri, macam mana Ammar nanti bila dah ada "orang baru" dalam rumah nanti.

Mohon doa kalian untuk permudahkan urusan kehamilan kali ini. Dan urusan Fara untuk melahirkan nanti dipermudahkan olehNya. Kami suami isteri sangat percaya yang rezeki kali ini datang tepat pada masanya dan sesunggunya Allah SWT mempunyai sebaik baik perancangan.


FAREUPHORIA

Comments